Tarikh : 10 Julai 2010
Jam : 3.30 - 5.00 petang
Tempat : RFC Seriab
Aku pun posting dah macam rojak...tapi tak pe lah walaupun terlewat masuk blog ni at least adalah juga sebagai kenang-kenangan di hari tua...hehehe..
Hari ni kami berempat iaitu aku, En Asri, Kaza dan Zul dijemput untuk menghadiri perasmian RFC yang ke-6 yang dibuka oleh HPA Group of Companies.
Masa kami sampai tu...acara baru bermula...so ucapan oleh pihak pengurusan HPA dan akhirnya dirasmikan oleh MD HPA iaitu Tuan Haji Ismail Ahmad.
Alhamdulillah...rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau sebagai seorang muslim dalam memperjuangkan sebuah perniagaan bercirikan keIslaman.
Nasib baik ada Zaimah...tak la mati kutu sangat
Selepas upacara perasmian, ada disediakan jamuan berupa ayam goreng organik, ais krim yang juga keluaran HPA Group, air roselle dan kopi radix...alhamdulillah sedap dan kenyang
Tetamu turut dihidangkan dengan alunan lagu dari kumpulan Raihan.
Majlis tamat lebih kurang pukul 5.00pm...sebelum balik, kami yang pi tu sempat bergambar dengan Tuan Haji Ismail dan Tuan Haji Fisal...lepas sesi bergambar...aku terus balik je lah...
Aku, Kaza, Tuan Haji Ismail, En Asri dan Tuan Haji Fisal. Zul tak dak dalam gambar sebab dia balik awal...sakit perut katanya. (ehemmmm...ye ke sakit perut..?)
TAHNIAH RFC !!!
0 Comments:
Post a Comment