KUNJUNGAN KE SME BANK CAWANGAN ALOR SETAR

Tarikh : 13 Julai 2010 (Isnin)
Jam  :  4.30 petang

Ofis aku tutup awai hari ni sebab nak pi Cawangan Alor Setar. Ini semua atas arahan Datuk MD baru sebab ada briefing. So...bukanlah atas kerelaan hati untuk ke sana tapi atas dasar kesetiaan kepada organisasi tercinta kunjungan ini dibuat demi mendengar amanat pertama dari Datuk MD.

Aku tumpang kereta Shabanin. Kami berlima satu kereta termasuk Tasha, Isma dan Zue. Sebelum sampai singgah solat asar sat di Masjid Gunung Keriang. Teruskan perjalanan...tepat pukui 6.00pm kami sampai...kira oklah tu kan...

Briefing tu tak lama...lebih kurang 30 minit gitu...lepas tu upacara bergambar dan sembang2 sahaja...lebih kurang pukul 7.00pm, Datuk MD dah nak bertolak ke Bayan Baru untuk bermalam  di sana...so kita orang sambung sembang sampai maghrib.

Lepas solat maghrib, singgah Restoran Zafee untuk dinner...aku mula tu ingat tak nak makan sebab teringat anak2 kat rumah dan suami tersayang...tapi disebabkan makan free ada orang belanja dan sedar diri cuma menumpang...so terpaksalah...food boleh tahan lah...aku makan nasi goreng ayam...tapi rasanya biasa2 sahaja...baik makan kat Restoran Wallayya...lagi sedap...

Lepas makan...tengok jam dah pukul 8.00pm lebih...rombongan kami pun betolak balik menyusuri kepekatan malam (emmm....pekat ke....belum pekat betul kot...)
Sampai rumah lebih kurang 9.30pm...anak2 ibu masih belum tidur...aku disambut oleh si kakak yang asyik sms dari tadi...rinduuuuuu sangat katanya...biasalah kakak memang macam tu...amat rapat dan manja dengan aku...lepas tu adik bukan main terkam lagi macam seminggu tak jumpa...affan rupanya dah tidurrrr...penat sangatlah tu...alhamdulillah semua dah makan...terima kasih suami ku sayang sebab berkorban menjaga anak2 kita malam ni...

0 Comments: