Tarikh : 03 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 9.30am - 3.30pm - 7.00pm
Tempat : Pejabat SME Bank Cawangan Kangar
Masa : 9.30am - 3.30pm - 7.00pm
Tempat : Pejabat SME Bank Cawangan Kangar
Hari Pelanggan SME Hub ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan mengenai peranan yang dimainkan oleh SME Bank dalam membantu usahawan.
Sehari sebelum bermulanya hari pelanggan kami telah ditugaskan untuk menyediakan 3 buah piala untuk setiap kumpulan dengan menggunakan kotak mancis, straw dan barangan semulajadi. So, hasilnya adalah...jeng...jeng...jeng...
Piala kumpulan ibu adalah yang barisan tengah tu..kira cun gak lah kan..yang depan kumpulan Kaza dan yangbelakang kumpulan Boss
Kami semua satu cawangan terlibat cuma Banin, Amer dgn Hairi tak dak sebab depa kena pi HQ untuk ICBA.
Tiada apa yang menarik sangat pun cuma yang menariknya adalah makan la...ada gak gerai jualan yang lebih kepada gerai promosi produk pelanggan Bank iaitu sagon, coklat dan ubat gigi gamat.
Puan Marinah dari Mazairi Marizan untuk produk sagon, wakil dari D'Kawi Coklat dan Ruri Juwita dari FDR Herbs
Antara tetamu yang berkunjung adalah
En Salleh dari HPA
Ada gak kaunter pertanyaan yang lebih kepada kaunter sembang2 disediakan
Ibu tengah layan En Normizam iaitu pengusaha roti arab
Kunjungan tetamu tamat lebih kurang pukul 4.00pm. Lepas tu program diteruskan dengan acara indoor treasure hunt. Group aku adalah Zul, Nashrin, Shidi dan Zue. Nama group kami Kangaq Canggih.
Sibuk berbincang untuk jawab soalan treasure hunt...boleh tahan la..tapi nasib baik ada Zul yang dah pro dalam treasure hunt ni...kalau nak harap aku...hemmmm...dapat no last la...
Acara menjawab soalan ambik masa lebih kurang 2 jam...tu pun kira ngam2 je...lepas tu kena buat pembentangan kepada organizer..
Alhamdulillah kami semua dapat jawab semua soalan. Tapi tak tau lah betul semua atau tak nanti...yang pastinya soalan berdasarkan carian barangan semua boleh jawab dengan betul la..tapi akhirnya kumpulan kami cuma dapat no. 2...bukan apa sebab lewat sikit buat pembentangan..
Ni kumpulan yang dapat no. 1...Vamm..Vamm..Vvoom...kumpulan sapa lagi...kumpulan Boss la..tak pa lah kami bagi peluang..
Dan...kumpulan yang dapat no 3 adalah kumpulan 2Much..iaitu kumpulan Kaza..
Kesimpulannya, program ni tidaklah mencapai sasarannya..tapi kami semua happylah dan kenyang...eeerrrkkk..
0 Comments:
Post a Comment