Tiada apa yang menarik dalam cerita keluarga...semuanya berjalan seperti biasa saja...so hari ni aku nak kongsi ilmu yang diperolehi dari Utusan Malaysia Mega, Jumaat 4 Jun 2010 yang dicoretkan oleh Azli Razali iaitu seorang chef muda berusia 33 tahun yang juga pensyarah di Jabatan Kulinari, UiTM Pulau Pinang.
Katanya.......
Kek bukanlah juadah yang hanya disajikan untuk majlis hari jadi atau semasa hari perayaan sahaja tapi boleh juga dinikmati pada hari biasa.
Mungkin ada yang bercadang untuk membuat kek mereka sendiri di rumah. Pengetahuan mengadun dan membakar kek penting bagi mendapatkan hasil kek yang baik. Antara asas yang perlu diberi perhatian adalah :-
Pastikan mentega dan gula dipukul sehingga gebu dan putih untuk mendapatkan tekstur kek yang halus.
Masukakkan telur satu persatu dan bancuh dengan perlahan agar ia bercampur sebati dengan mentega dan gula.
Selang selikan membancuh tepung dan cecair seperti telur atau susu supaya adunan sebati.
Panaskan ketuhar 10 minit sebelum membakar kek. Suhu yang sesuai untuk membakar kek adalah 180 darjah celcius. Pemanasan awal untuk membakar kek adalah perlu untuk mengelakkan kek menjadi bantat atau tidak naik.
Jangan menggunakan acuan terlalu besar atau terlalu kecil. Kebiasaannya paras adunan perlu diisi tiga perempat penuh di dalam acuan agar kek yang dibakar tidak melimpah semasa sedang dibakar.
Tahap kestabilan kek semasa membakar adalah - selepas 20 minit. Pintu oven yang dibuka kurang dari 20 minit akan mengganggu udara panas dalam ketuhar dan menyebabkan kek jatuh.
Jangan membakar kek terlalu lama kerana akan menyebabkan kek kering.
Guna pencucuk kek untuk menguji kek yang telah masak.Selain itu jika di permukaan tepi kek telah merenggang dari acuan juga menandakan kek sudah masak.
Hemmmmm....patutlah kadang-kadang kek aku tak menjadi...tau dah...tau dah...terima kasih kepada Chef Azli Razali.
Pastu dia ada jugak bagi resepi Kek Baldu Merah Koko....jom kita cuba buat
Bahan A:
250gm marjerin/mentega
180gm gula halus
Bahan B:
260gm tepung halus
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250gm susu cair
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
Sapukan tin kek dengan sedikit mentega dan tepung.
Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
Panaskan oven 180 darjah celcius.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur bersatu sebati dengan adunan mentega.
Tambahkan esen vanilla dan cuka ke dalam bancuhan kek. Kacau dengan cepat.
Di dalam mangkuk berasingan. campurkan susu dan pewarna merah. Kemudian masukkan tepung dan susu secara berselang-seli sehingga habis.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga tiada kek yang melekat pada lidi pencucuk. Sejukkan kek dan bolehlah disalut dengan aising jika suka.
0 Comments:
Post a Comment