Tadi dok berkemas kat ofis sekali terjumpa suratkhabar Utusan, Jumaat, 4 Jun 2010. Terbaca artikel ni....
Kulit bawah mata adalah bahagian sensitif dan lebih nipis berbanding bahagian lain di muka. Bahagian ini mudah terpengaruh dengan isu berkaitan gaya hidup, kurang tidur, diet dan stres.
Beberapa penyelesaian yang disyorkan oleh pakar-pakar kecantikan dan kesihatan adalah :-
Aplikasi setempat agen peluntur dan asid glikolik tertentu membantu mengurangkan kebanyakan kes lingkaran gelap sekeliling mata.
Aplikasi krim-krim yang kaya dengan Vitamin C dan E juga mungkin membantu merangsang pengaliran darah di bawah mata. Ia juga mengurangkan insiden berlakunya lingkaran gelap di bahagian sekeliling mata.
Kebanyakan individu mendapati punca masalah itu dikaitkan dengan gaya hidup. Senaman ringan, tidur yang cukup dan berehat akan memperbaiki kulit muka.
Sesetengah rawatan kecantikan yang terdiri daripada rawatan ozon dan pek mencerahkan kulit boleh juga membantu.
Remedi mudah di rumah ialah meletakkan air suam dan uncang teh sejuk pada mata tertutup di bahagian lingkaran hitam untuk kelegaan.
Hilangkan mata bengkak dengan meletakkan kapas yang terendam dalam teh suam di atas kawasan yang terlibat.
Cuba letakkan kapas yang terendam dalam jus timun di bawah mata.
Meletakkan hirisan timun di mata selama 15 minit sehari juga membantu dalam pengurangan masalah ini.
Cuba tidur dengan berbaring lurus menggunakan bantal rendah di kepala. Ini boleh membantu mengurangkan masalah mata bengkak.
Kurangkan pengambilan alkohol, lemak dan mengamalkan senama ringan.
0 Comments:
Post a Comment