Hari Ahad..

Apa makna hari Ahad...hehehehe...sebenarnya tak dak makna apa pun...tapi kata anak aku si kakak...hari ahad ni maknanya hari satu...ya lah kan sebab dalam bahasa arab ahad tu maknanya satu..terima kasih kakak..

Pagi tu ingat nak kemas rumah...tapi malasnyeeeee...tapi paksa diri jugak...kemas stor kat belakang rumah yang dah berserabut tu...siap terjumpa katak puru besar gedabak 2 ekor tengah berasmara dana...geli geleman aku...eeeeee...

Dok sat hujan lebat...sib baik dan angkat baju...dan operasi mengemas pun habis...lega skit rasanya...

Lepas tu masak dengan barang apa yang ada dalam peti ais je...ingat petang ni nak ajak abah dengan anak2 pi beli barang kat C-Mart..sms abah...sib baik abah dengan terpaksanya nak...ya lah kan...aku yang nak belanja...oklah tu..

Lepas masak bawa semua lauk ke kedai makan sama2 dengan abah...hemmmm sesekali ubah tempat makan selera makan wa cakap lu...

Petang dalam pukul 6.00pm dah baru kami sekeluarga keluar ke C-Mart, Arau..hujan turun dengan lebatnya...keluar jugalah bila kenangkan barang dapur yang dah tinggal serdak tu...anak2 bukan main hepi lagi...maklumlah lama tak keluar macam ni...sian anak2 aku...maafkan ibu...lepas beli barang semua...affan sibuk nak ajak main jap..oklah...layan..tapi sempat ambik gambar adik je...maklumlah aku ni bukan rajin sgt nak berkamera ni...



Dok dalam C-Mart sedar tak sedar sampai 8.30pm dah...perut dah minta ampun mohon diisi...malam ni aku nak anak2 aku hepi so ajak depa semua makan pizza...lets gooooooooooooo...wahhh...suka la depa semua...

Orang bukan main ramai lagi...tapi hampeh betul la...dah tau orang ramai tambah la waiter/waitress tu...tak reti2...sampai aku kena panggil baru nak mai amek order...ni saja nak naik darah aku la ni...geraammmm...sabaq...sabaq...dah la perut dok menyanyi dah ni...sampai je apa yang diorder apa lagi...masing2 pulun tak ingat donia dah...habis makan dah dekat 10.30pm...harus pulang sebab esok kakak dengan affan sekolah..



Tengoklah suasana bandaq Kangaq waktu malam...bermandi cahaya...bak kata adik..1...2...3...lawaaaaaaaaaaa...

MENGADUN DAN MEMBAKAR KEK

Tiada apa yang menarik dalam cerita keluarga...semuanya berjalan seperti biasa saja...so hari ni aku nak kongsi ilmu yang diperolehi dari Utusan Malaysia Mega, Jumaat 4 Jun 2010 yang dicoretkan oleh Azli Razali iaitu seorang chef muda berusia 33 tahun yang juga pensyarah di Jabatan Kulinari, UiTM Pulau Pinang.

Katanya.......
Kek bukanlah juadah yang hanya disajikan untuk majlis hari jadi atau semasa hari perayaan sahaja tapi boleh juga dinikmati pada hari biasa.

Mungkin ada yang bercadang untuk membuat kek mereka sendiri di rumah. Pengetahuan mengadun dan membakar kek penting bagi mendapatkan hasil kek yang baik. Antara asas yang perlu diberi perhatian adalah :-

  • Pastikan mentega dan gula dipukul sehingga gebu dan putih untuk mendapatkan tekstur kek yang halus.

  • Masukakkan telur satu persatu dan bancuh dengan perlahan agar ia bercampur sebati dengan mentega dan gula.

  • Selang selikan membancuh tepung dan cecair seperti telur atau susu supaya adunan sebati.

  • Panaskan ketuhar 10 minit sebelum membakar kek. Suhu yang sesuai untuk membakar kek adalah 180 darjah celcius. Pemanasan awal untuk membakar kek adalah perlu untuk mengelakkan kek menjadi bantat atau tidak naik.

  • Jangan menggunakan acuan terlalu besar atau terlalu kecil. Kebiasaannya paras adunan perlu diisi tiga perempat penuh di dalam acuan agar kek yang dibakar tidak melimpah semasa sedang dibakar.

  • Tahap kestabilan kek semasa membakar adalah - selepas 20 minit. Pintu oven yang dibuka kurang dari 20 minit akan mengganggu udara panas dalam ketuhar dan menyebabkan kek jatuh.

  • Jangan membakar kek terlalu lama kerana akan menyebabkan kek kering.

  • Guna pencucuk kek untuk menguji kek yang telah masak.Selain itu jika di permukaan tepi kek telah merenggang dari acuan juga menandakan kek sudah masak.
Hemmmmm....patutlah kadang-kadang kek aku tak menjadi...tau dah...tau dah...terima kasih kepada Chef Azli Razali.

Pastu dia ada jugak bagi resepi Kek Baldu Merah Koko....jom kita cuba buat

Bahan A:
250gm marjerin/mentega
180gm gula halus

Bahan B:
260gm tepung halus
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250gm susu cair
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Penyediaan:

  1. Sapukan tin kek dengan sedikit mentega dan tepung.

  2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.

  3. Panaskan oven 180 darjah celcius.

  4. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.

  5. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur bersatu sebati dengan adunan mentega.

  6. Tambahkan esen vanilla dan cuka ke dalam bancuhan kek. Kacau dengan cepat.

  7. Di dalam mangkuk berasingan. campurkan susu dan pewarna merah. Kemudian masukkan tepung dan susu secara berselang-seli sehingga habis.

  8. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga tiada kek yang melekat pada lidi pencucuk. Sejukkan kek dan bolehlah disalut dengan aising jika suka.

HARI PELANGGAN SME BANK

Tarikh  :  03 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 9.30am - 3.30pm - 7.00pm
Tempat : Pejabat SME Bank Cawangan Kangar

Hari Pelanggan SME Hub ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan mengenai peranan yang dimainkan oleh SME Bank dalam membantu usahawan.
Sehari sebelum bermulanya hari pelanggan kami telah ditugaskan untuk menyediakan 3 buah piala untuk setiap kumpulan dengan menggunakan kotak mancis, straw dan barangan semulajadi. So, hasilnya adalah...jeng...jeng...jeng...

Piala kumpulan ibu adalah yang barisan tengah tu..kira cun gak lah kan..yang depan kumpulan Kaza dan yangbelakang kumpulan Boss

Kami semua satu cawangan terlibat cuma Banin, Amer dgn Hairi tak dak sebab depa kena pi HQ untuk ICBA.


Tiada apa yang menarik sangat pun cuma yang menariknya adalah makan la...ada gak gerai jualan yang lebih kepada gerai promosi produk pelanggan Bank iaitu sagon, coklat dan ubat gigi gamat.

          Puan Marinah dari Mazairi Marizan untuk produk sagon, wakil dari D'Kawi Coklat dan Ruri Juwita dari FDR Herbs

Antara tetamu yang berkunjung adalah
           
En Salleh dari HPA

Ada gak kaunter pertanyaan yang lebih kepada kaunter sembang2 disediakan

Ibu tengah layan En Normizam iaitu pengusaha roti arab

Kunjungan tetamu tamat lebih kurang pukul 4.00pm. Lepas tu program diteruskan dengan acara indoor treasure hunt. Group aku adalah Zul, Nashrin, Shidi dan Zue. Nama group kami Kangaq Canggih.


Sibuk berbincang untuk jawab soalan treasure hunt...boleh tahan la..tapi nasib baik ada Zul yang dah pro dalam treasure hunt ni...kalau nak harap aku...hemmmm...dapat no last la...

Acara menjawab soalan ambik masa lebih kurang 2 jam...tu pun kira ngam2 je...lepas tu kena buat pembentangan kepada organizer..



Alhamdulillah kami semua dapat jawab semua soalan. Tapi tak tau lah betul semua atau tak nanti...yang pastinya soalan berdasarkan carian barangan semua boleh jawab dengan betul la..tapi akhirnya kumpulan kami cuma dapat no. 2...bukan apa sebab lewat sikit buat pembentangan..



Ni kumpulan yang dapat no. 1...Vamm..Vamm..Vvoom...kumpulan sapa lagi...kumpulan Boss la..tak pa lah kami bagi peluang..


Dan...kumpulan yang dapat no 3 adalah kumpulan 2Much..iaitu kumpulan Kaza..



Kesimpulannya, program ni tidaklah mencapai sasarannya..tapi kami semua happylah dan kenyang...eeerrrkkk..

PERASMIAN RADIX FRIED CHICKEN CAWANGAN KANGAR

Tarikh : 10 Julai 2010
Jam : 3.30 - 5.00 petang
Tempat : RFC Seriab

Aku pun posting dah macam rojak...tapi tak pe lah walaupun terlewat masuk blog ni at least adalah juga sebagai kenang-kenangan di hari tua...hehehe..

Hari ni kami berempat iaitu aku, En Asri, Kaza dan Zul dijemput untuk menghadiri perasmian RFC yang ke-6 yang dibuka oleh HPA Group of Companies.

Masa kami sampai tu...acara baru bermula...so ucapan oleh pihak pengurusan HPA dan akhirnya dirasmikan oleh MD HPA iaitu Tuan Haji Ismail Ahmad.


Alhamdulillah...rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau sebagai seorang muslim dalam memperjuangkan sebuah perniagaan bercirikan keIslaman.

Nasib baik ada Zaimah...tak la mati kutu sangat
          
Selepas upacara perasmian, ada disediakan jamuan berupa ayam goreng organik, ais krim yang juga keluaran HPA Group, air roselle dan kopi radix...alhamdulillah sedap dan kenyang


Tetamu turut dihidangkan dengan alunan lagu dari kumpulan Raihan.


Majlis tamat lebih kurang pukul 5.00pm...sebelum balik, kami yang pi tu sempat bergambar dengan Tuan Haji Ismail dan Tuan Haji Fisal...lepas sesi bergambar...aku terus balik je lah...

Aku, Kaza, Tuan Haji Ismail, En Asri dan Tuan Haji Fisal. Zul tak dak dalam gambar sebab dia balik awal...sakit perut katanya. (ehemmmm...ye ke sakit perut..?)

TAHNIAH RFC !!!

KUNJUNGAN KE SME BANK CAWANGAN ALOR SETAR

Tarikh : 13 Julai 2010 (Isnin)
Jam  :  4.30 petang

Ofis aku tutup awai hari ni sebab nak pi Cawangan Alor Setar. Ini semua atas arahan Datuk MD baru sebab ada briefing. So...bukanlah atas kerelaan hati untuk ke sana tapi atas dasar kesetiaan kepada organisasi tercinta kunjungan ini dibuat demi mendengar amanat pertama dari Datuk MD.

Aku tumpang kereta Shabanin. Kami berlima satu kereta termasuk Tasha, Isma dan Zue. Sebelum sampai singgah solat asar sat di Masjid Gunung Keriang. Teruskan perjalanan...tepat pukui 6.00pm kami sampai...kira oklah tu kan...

Briefing tu tak lama...lebih kurang 30 minit gitu...lepas tu upacara bergambar dan sembang2 sahaja...lebih kurang pukul 7.00pm, Datuk MD dah nak bertolak ke Bayan Baru untuk bermalam  di sana...so kita orang sambung sembang sampai maghrib.

Lepas solat maghrib, singgah Restoran Zafee untuk dinner...aku mula tu ingat tak nak makan sebab teringat anak2 kat rumah dan suami tersayang...tapi disebabkan makan free ada orang belanja dan sedar diri cuma menumpang...so terpaksalah...food boleh tahan lah...aku makan nasi goreng ayam...tapi rasanya biasa2 sahaja...baik makan kat Restoran Wallayya...lagi sedap...

Lepas makan...tengok jam dah pukul 8.00pm lebih...rombongan kami pun betolak balik menyusuri kepekatan malam (emmm....pekat ke....belum pekat betul kot...)
Sampai rumah lebih kurang 9.30pm...anak2 ibu masih belum tidur...aku disambut oleh si kakak yang asyik sms dari tadi...rinduuuuuu sangat katanya...biasalah kakak memang macam tu...amat rapat dan manja dengan aku...lepas tu adik bukan main terkam lagi macam seminggu tak jumpa...affan rupanya dah tidurrrr...penat sangatlah tu...alhamdulillah semua dah makan...terima kasih suami ku sayang sebab berkorban menjaga anak2 kita malam ni...

MENANGANI LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Tadi dok berkemas kat ofis sekali terjumpa suratkhabar Utusan, Jumaat, 4 Jun 2010. Terbaca artikel ni....


Kulit bawah mata adalah bahagian sensitif dan lebih nipis berbanding bahagian lain di muka. Bahagian ini mudah terpengaruh dengan isu berkaitan gaya hidup, kurang tidur, diet dan stres.

Beberapa penyelesaian yang disyorkan oleh pakar-pakar kecantikan dan kesihatan adalah :-

  • Aplikasi setempat agen peluntur dan asid glikolik tertentu membantu mengurangkan kebanyakan kes lingkaran gelap sekeliling mata.

  • Aplikasi krim-krim yang kaya dengan Vitamin C dan E juga mungkin membantu merangsang pengaliran darah di bawah mata. Ia juga mengurangkan insiden berlakunya lingkaran gelap di bahagian sekeliling mata.
Kebanyakan individu mendapati punca masalah itu dikaitkan dengan gaya hidup. Senaman ringan, tidur yang cukup dan berehat akan memperbaiki kulit muka.

Sesetengah rawatan kecantikan yang terdiri daripada rawatan ozon dan pek mencerahkan kulit boleh juga membantu.

Remedi mudah di rumah ialah meletakkan air suam dan uncang teh sejuk pada mata tertutup di bahagian lingkaran hitam untuk kelegaan.

Hilangkan mata bengkak dengan meletakkan kapas yang terendam dalam teh suam di atas kawasan yang terlibat.

Cuba letakkan kapas yang terendam dalam jus timun di bawah mata.

Meletakkan hirisan timun di mata selama 15 minit sehari juga membantu dalam pengurangan masalah ini.

Cuba tidur dengan berbaring lurus menggunakan bantal rendah di kepala. Ini boleh membantu mengurangkan masalah mata bengkak.

Kurangkan pengambilan alkohol, lemak dan mengamalkan senama ringan.

ALHAMDULILLAH...

Balik ofis tadi ajak abah pi tengok Dik Di...bawa yanny ja..kakak dengan affan tidoq kat rumah...takpa lagi senang...pi hospital depa tu mana boleh masuk sebenarnya...masih bawah umur la katakan...pi ni kira main gamble ja...teruih pi ICU...rupanya Dik Di dah keluaq hari isnin lepas...so dah dok wad biasa...alhamdulillah..

Dik Di dok wad 2 (pembedahan)...masa kami sampai tu dia baru keluaq dari dewan bedah then dibawa ke bilik x-ray...tapi dan jugak la tengok dia sat...alhamdulillah dah banyak recover...syukur...syukur....syukur...moga Dik Di cepat sembuh..