Hari Ahad..
MENGADUN DAN MEMBAKAR KEK
Pastikan mentega dan gula dipukul sehingga gebu dan putih untuk mendapatkan tekstur kek yang halus.
Masukakkan telur satu persatu dan bancuh dengan perlahan agar ia bercampur sebati dengan mentega dan gula.
Selang selikan membancuh tepung dan cecair seperti telur atau susu supaya adunan sebati.
Panaskan ketuhar 10 minit sebelum membakar kek. Suhu yang sesuai untuk membakar kek adalah 180 darjah celcius. Pemanasan awal untuk membakar kek adalah perlu untuk mengelakkan kek menjadi bantat atau tidak naik.
Jangan menggunakan acuan terlalu besar atau terlalu kecil. Kebiasaannya paras adunan perlu diisi tiga perempat penuh di dalam acuan agar kek yang dibakar tidak melimpah semasa sedang dibakar.
Tahap kestabilan kek semasa membakar adalah - selepas 20 minit. Pintu oven yang dibuka kurang dari 20 minit akan mengganggu udara panas dalam ketuhar dan menyebabkan kek jatuh.
Jangan membakar kek terlalu lama kerana akan menyebabkan kek kering.
Guna pencucuk kek untuk menguji kek yang telah masak.Selain itu jika di permukaan tepi kek telah merenggang dari acuan juga menandakan kek sudah masak.
Bahan A:
250gm marjerin/mentega
180gm gula halus
Bahan B:
260gm tepung halus
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250gm susu cair
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
Sapukan tin kek dengan sedikit mentega dan tepung.
Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
Panaskan oven 180 darjah celcius.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur bersatu sebati dengan adunan mentega.
Tambahkan esen vanilla dan cuka ke dalam bancuhan kek. Kacau dengan cepat.
Di dalam mangkuk berasingan. campurkan susu dan pewarna merah. Kemudian masukkan tepung dan susu secara berselang-seli sehingga habis.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga tiada kek yang melekat pada lidi pencucuk. Sejukkan kek dan bolehlah disalut dengan aising jika suka.
HARI PELANGGAN SME BANK
Masa : 9.30am - 3.30pm - 7.00pm
Tempat : Pejabat SME Bank Cawangan Kangar
PERASMIAN RADIX FRIED CHICKEN CAWANGAN KANGAR
KUNJUNGAN KE SME BANK CAWANGAN ALOR SETAR
Tarikh : 13 Julai 2010 (Isnin)
Jam : 4.30 petang
Ofis aku tutup awai hari ni sebab nak pi Cawangan Alor Setar. Ini semua atas arahan Datuk MD baru sebab ada briefing. So...bukanlah atas kerelaan hati untuk ke sana tapi atas dasar kesetiaan kepada organisasi tercinta kunjungan ini dibuat demi mendengar amanat pertama dari Datuk MD.
Aku tumpang kereta Shabanin. Kami berlima satu kereta termasuk Tasha, Isma dan Zue. Sebelum sampai singgah solat asar sat di Masjid Gunung Keriang. Teruskan perjalanan...tepat pukui 6.00pm kami sampai...kira oklah tu kan...


MENANGANI LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
Tadi dok berkemas kat ofis sekali terjumpa suratkhabar Utusan, Jumaat, 4 Jun 2010. Terbaca artikel ni....
Aplikasi setempat agen peluntur dan asid glikolik tertentu membantu mengurangkan kebanyakan kes lingkaran gelap sekeliling mata.
Aplikasi krim-krim yang kaya dengan Vitamin C dan E juga mungkin membantu merangsang pengaliran darah di bawah mata. Ia juga mengurangkan insiden berlakunya lingkaran gelap di bahagian sekeliling mata.
ALHAMDULILLAH...
Balik ofis tadi ajak abah pi tengok Dik Di...bawa yanny ja..kakak dengan affan tidoq kat rumah...takpa lagi senang...pi hospital depa tu mana boleh masuk sebenarnya...masih bawah umur la katakan...pi ni kira main gamble ja...teruih pi ICU...rupanya Dik Di dah keluaq hari isnin lepas...so dah dok wad biasa...alhamdulillah..
Dik Di dok wad 2 (pembedahan)...masa kami sampai tu dia baru keluaq dari dewan bedah then dibawa ke bilik x-ray...tapi dan jugak la tengok dia sat...alhamdulillah dah banyak recover...syukur...syukur....syukur...moga Dik Di cepat sembuh..
AMALAN MEMOTONG KUKU
SEDIH...DUKACITA...SAD
Hari ni pagi2 lagi dapat berita sedih bila tengok video accident kat Jitra dari hp Nashrin...
Pastu mak call bagitau Dik Di kat ICU sebab accident semalam dgn anak dia yang lelaki darjah 1 tu...
Tgh hari masa amek kakak sekolah..singgah kedai...tetiba ada accident gak antara motor dengan keta...sib baik tak teruk..
Pastu Boss pulak ceta kawan dia yang koma kat ICU Hospital Langkawi tu dah meninggal...
Petang lepas balik keja terus pi tengok Dik Di kat ICU..nampak agak kritikal...kepala bengkak..tulang tengkok patah...masih belum sedarkan diri lagi...anak dia cedera patah paha sebelah kanan dan retak kaki sebelah kiri..alhamdulillah tiada cedera di tempat lain...
Ya Allah selamatkan Dik Di...
SABTU YANG PENAT
Penat pasai apa tah hari ni..
Pagi2 lagi abah ajak pi sarapan tosai..oklah...aku, kakak, abang dgn adik tak kisah...ok aja..lepas sarapan..ek eleh sarapan konon...pukul 10.00am baru nak soru..balik pdg lati..sampai2 tak dak orang pun...biasa aaaa kalau pintu kunci pagi2 ni mak mesti pi rumah bang wan tak pun pi kedai...tak kisah lah...
"kami tau kat mana tok sembunyi kunci tu..." kata kakak..
Buka pintu aku teruih masak..ayam masak kicap, kacang buncis goreng berudang dgn ikan kembung goreng ja..kakak, abang dengan adik besa laaaa..main ja..aku lepas masak tu rehat sat ja..
Dalam pukul 2.30pm balik dah...tak singgah rumah pun..pi pasar tani tepi laut sungai bharu tu..Sejak abah jual jus buah terpaksa la pi tolong sekali...kesian kat dia..alhamdulillah laku gak..
Balik awai skit sebab bang mi kata nak mai rumah...elok nak sampai rumah dia call kata tak jadi mai sebab motor rosak...tak pa lah...macam memahami pulak kepenatan yang melanda hari ni..
Rasa macam nak tidoq awai laaa...