Hari Ahad..
MENGADUN DAN MEMBAKAR KEK
Pastikan mentega dan gula dipukul sehingga gebu dan putih untuk mendapatkan tekstur kek yang halus.
Masukakkan telur satu persatu dan bancuh dengan perlahan agar ia bercampur sebati dengan mentega dan gula.
Selang selikan membancuh tepung dan cecair seperti telur atau susu supaya adunan sebati.
Panaskan ketuhar 10 minit sebelum membakar kek. Suhu yang sesuai untuk membakar kek adalah 180 darjah celcius. Pemanasan awal untuk membakar kek adalah perlu untuk mengelakkan kek menjadi bantat atau tidak naik.
Jangan menggunakan acuan terlalu besar atau terlalu kecil. Kebiasaannya paras adunan perlu diisi tiga perempat penuh di dalam acuan agar kek yang dibakar tidak melimpah semasa sedang dibakar.
Tahap kestabilan kek semasa membakar adalah - selepas 20 minit. Pintu oven yang dibuka kurang dari 20 minit akan mengganggu udara panas dalam ketuhar dan menyebabkan kek jatuh.
Jangan membakar kek terlalu lama kerana akan menyebabkan kek kering.
Guna pencucuk kek untuk menguji kek yang telah masak.Selain itu jika di permukaan tepi kek telah merenggang dari acuan juga menandakan kek sudah masak.
Bahan A:
250gm marjerin/mentega
180gm gula halus
Bahan B:
260gm tepung halus
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250gm susu cair
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
Sapukan tin kek dengan sedikit mentega dan tepung.
Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
Panaskan oven 180 darjah celcius.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur bersatu sebati dengan adunan mentega.
Tambahkan esen vanilla dan cuka ke dalam bancuhan kek. Kacau dengan cepat.
Di dalam mangkuk berasingan. campurkan susu dan pewarna merah. Kemudian masukkan tepung dan susu secara berselang-seli sehingga habis.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga tiada kek yang melekat pada lidi pencucuk. Sejukkan kek dan bolehlah disalut dengan aising jika suka.
HARI PELANGGAN SME BANK
Masa : 9.30am - 3.30pm - 7.00pm
Tempat : Pejabat SME Bank Cawangan Kangar
PERASMIAN RADIX FRIED CHICKEN CAWANGAN KANGAR
KUNJUNGAN KE SME BANK CAWANGAN ALOR SETAR
Tarikh : 13 Julai 2010 (Isnin)
Jam : 4.30 petang
Ofis aku tutup awai hari ni sebab nak pi Cawangan Alor Setar. Ini semua atas arahan Datuk MD baru sebab ada briefing. So...bukanlah atas kerelaan hati untuk ke sana tapi atas dasar kesetiaan kepada organisasi tercinta kunjungan ini dibuat demi mendengar amanat pertama dari Datuk MD.
Aku tumpang kereta Shabanin. Kami berlima satu kereta termasuk Tasha, Isma dan Zue. Sebelum sampai singgah solat asar sat di Masjid Gunung Keriang. Teruskan perjalanan...tepat pukui 6.00pm kami sampai...kira oklah tu kan...


MENANGANI LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
Tadi dok berkemas kat ofis sekali terjumpa suratkhabar Utusan, Jumaat, 4 Jun 2010. Terbaca artikel ni....
Aplikasi setempat agen peluntur dan asid glikolik tertentu membantu mengurangkan kebanyakan kes lingkaran gelap sekeliling mata.
Aplikasi krim-krim yang kaya dengan Vitamin C dan E juga mungkin membantu merangsang pengaliran darah di bawah mata. Ia juga mengurangkan insiden berlakunya lingkaran gelap di bahagian sekeliling mata.
ALHAMDULILLAH...
Balik ofis tadi ajak abah pi tengok Dik Di...bawa yanny ja..kakak dengan affan tidoq kat rumah...takpa lagi senang...pi hospital depa tu mana boleh masuk sebenarnya...masih bawah umur la katakan...pi ni kira main gamble ja...teruih pi ICU...rupanya Dik Di dah keluaq hari isnin lepas...so dah dok wad biasa...alhamdulillah..
Dik Di dok wad 2 (pembedahan)...masa kami sampai tu dia baru keluaq dari dewan bedah then dibawa ke bilik x-ray...tapi dan jugak la tengok dia sat...alhamdulillah dah banyak recover...syukur...syukur....syukur...moga Dik Di cepat sembuh..