AMALAN MEMOTONG KUKU

Ilmu ni dapat dari seorang sahabat.

Jom kita sama-sama praktik...



Maka sesuailah dengan apa yang pernah Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

SEDIH...DUKACITA...SAD

Hari ni pagi2 lagi dapat berita sedih bila tengok video accident kat Jitra dari hp Nashrin...

Pastu mak call bagitau Dik Di kat ICU sebab accident semalam dgn anak dia yang lelaki darjah 1 tu...

Tgh hari masa amek kakak sekolah..singgah kedai...tetiba ada accident gak antara motor dengan keta...sib baik tak teruk..

Pastu Boss pulak ceta kawan dia yang koma kat ICU Hospital Langkawi tu dah meninggal...

Petang lepas balik keja terus pi tengok Dik Di kat ICU..nampak agak kritikal...kepala bengkak..tulang tengkok patah...masih belum sedarkan diri lagi...anak dia cedera patah paha sebelah kanan dan retak kaki sebelah kiri..alhamdulillah tiada cedera di tempat lain...

Ya Allah selamatkan Dik Di...

SABTU YANG PENAT

Penat pasai apa tah hari ni..

Pagi2 lagi abah ajak pi sarapan tosai..oklah...aku, kakak, abang dgn adik tak kisah...ok aja..lepas sarapan..ek eleh sarapan konon...pukul 10.00am baru nak soru..balik pdg lati..sampai2 tak dak orang pun...biasa aaaa kalau pintu kunci pagi2 ni mak mesti pi rumah bang wan tak pun pi kedai...tak kisah lah...

"kami tau kat mana tok sembunyi kunci tu..." kata kakak..
Buka pintu aku teruih masak..ayam masak kicap, kacang buncis goreng berudang dgn ikan kembung goreng ja..kakak, abang dengan adik besa laaaa..main ja..aku lepas masak tu rehat sat ja..

Dalam pukul 2.30pm balik dah...tak singgah rumah pun..pi pasar tani tepi laut sungai bharu tu..Sejak abah jual jus buah terpaksa la pi tolong sekali...kesian kat dia..alhamdulillah laku gak..

Balik awai skit sebab bang mi kata nak mai rumah...elok nak sampai rumah dia call kata tak jadi mai sebab motor rosak...tak pa lah...macam memahami pulak kepenatan yang melanda hari ni..

Rasa macam nak tidoq awai laaa...

LAMANYA TAK UPDATE

Ntah kenapa tetiba terajin plak nak update blog...
Update ka macam ni walau tulis sepatah dua ja?
Kira boleh la tu kan...

Dengan azam baru bermula Julai 2010....ceeeewaaahhh...

Saja nak boh gambaq masa family day kat Melaka...